Program Rakaman KM Experience Sharing
Assalamualaikum Semua
Alhamdullilah, Pada hari ini, 22 April 2021, Team Knowledge Management Working Commitee(KMWC) berjaya menganjurkan program KM Experience Sharing bersama Pn. Roslinah Binti Abu Bakar, Ketua Seksyen Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Latihan yang akan bersara tidak lama lagi.
Bersama moderator, Encik Mohd Sharin Bin Abd. Jalil mengupas beberapa pengalaman Pn. Roslinah bersama Ranhill dan Ranhill SAJ, serta sebagai konsultan KM khususnya.
Akibat kekangan pandemik, pihak KMWC mengadakan program secara rakaman video. Rakaman video ini akan dikongsikan bersama warga kerja Ranhill SAJ tidak lama lagi.
Akhir kata, semoga program ini memberi manfaat kepada warga kerja Ranhill SAJ.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan menjayakan program ini.
Untuk Puan Roslinah, selamat bersara dan terima kasih atas peluang ini.
Puan Roslinah, Ketua Seksyen Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Latihan Jabatan Khidmat Pelanggan (duduk kanan) bersama team Program Experience Sharing, Knowledge Management. Dari kiri berdiri, En. Mohd Sharin, Eksekutif Khidmat Pelanggan; En. Muhamad Yassin, Juruteknik Jabatan Pengurusan Aset; En. Mohd Hurairah, Juruteknik Jabatan Sumber Manusia dan Puan Shazrin, Eksekutif Kanan Jabatan Kontrak dan Perolehan. Dari kiri duduk, Puan Siti Sakina, Eksekutif Kanan KM, Jabatan Sumber Manusia.
Moderator, En. Mohd Sharin ketika menebual Pn. Roslinah Abu Bakar, Ketua Seksyen Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan Latihan, Jabatan Khidmat Pelanggan ketika rakaman Program Experience Sharing anjuran Knowledge Management
Rakaman program Experience Sharing bersama Pn. Roslinah.