Program KM K-Product Revisit Challenge 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Warga Kerja Ranhill SAJ. 

Baru-baru ini Knowledge Management telah berjaya menjalankan program KM K-Product Revisit Challenge 2021 pada 1hb dan 2hb Disember 2021 bertempat di Pusat Latihan Sg. Layang. Sebanyak 15 jabatan yang bertanding di bawah tema "Cost Saving Through Operational Efficiency". Tahun ini k-produk yang bertanding merupakan k-produk yang telah dibangunkan sebelum ini (revisit) dengan menumpukan pada k-produk yang telah menang untuk diaplikasikan ke seluruh jabatan yang bersesuaian. E-bulletin mengenai pemenang K-Produk Revisit Challenge telahpun dikeluarkan dan boleh diakses di bahagian E-Bulletin di dalam i-water. 

Berikut merupakan gambar sekitar program berkenaan. 

Para pemenang bergambar bersama juri dan Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr. Hj. Nor Ifuan Md Nor (lapan dari kanan) pada Program KM K-Product Revisit Challenge. 

Jawatankuasa Kerja KM (KMWC) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr. Hj. Nor Ifuan Md Nor (tujuh dari kanan). Turut kelihatan Ketua KMWC, En. Zaulkarnain Abd Manap (enam dari kanan). 

Ketua Juri merangkap Ketua KM Steering Committee (KMSC) , En. Azmi Mahmood sedang bertanyakan soalan kepada para pembentang. 

Turut hadir menyaksikan program (dari kiri, duduk) Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr. Hj. Nor Ifuan Md Nor dan Ketua Bahagian Finance, En. Abdul Aziz Khan Alior Khan. 

Ketua Jabatan Kajian dan Inovasi merangkap KM Steering Commitee (KMSC), En. Zailan Zahid ketika memberi pandangan dan komen kepada para pembentang. 

Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti merangkap KM Steering Commitee (KMSC), En. Mohd Fadzil Salim turut memberi pandangan dan komen mengenai program yang dijalankan. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program KM K-Produk Revisit Challenge 2021 secara langsung mahupun tidak langsung. Tahniah kepada semua yang terlibat menghasilkan k-produk dan anda semua merupakan pemenang. Terima kasih juga buat ketua-ketua jabatan, SME dan Mentor yang memberi tunjuk ajar dan sokongan dalam menghasilkan k-produk yang bermutu. 

Sehingga berjumpa lagi......